Melaka Tropikal Fruit Farm
Melaka Tropical Fruit Farm merupakan sebuah ladang buah-buahan yang dibuka kepada orang ramai. Ia terletak 20 km dari Bandar Melaka. Dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang dan kemudiannya Sungai Udang Agro Park. Pintu masuk utama untuk ke Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang terletak di tepi jalanraya yang menghubungkan Sungai Udang dan Masjid Tanah. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi terus dari bandar Melaka. Menarik disini adalah ladang buah-buahan, tapak herba, sawah padi, zoo mini, anjung syarahan, dewan, kedai cenderamata, pasar seringgit, pasar buah-buahan, gerai pameran dan aquarium ikan air tawar.
Pertanyaan Lanjut
Melaka Tropical Fruit Farm,Sungai Udang,76300 Melaka
Tel/Fax : +606-351 6916
Hutan Rekreasi Sungai Udang
Hutan Rekreasi Sungai Udang yang berkeluasan 335 hektar merupakan sebahagian daripada rezab Hutan Simpan Sungai Udang. Tergolong dari jenis hutan dipterokarp pamah, ia kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna serta sesuai untuk aktiviti-aktiviti rekreasi luar seperti bird watching, berkhemah dan juga merentas denai. Suasana hutan lipur yang permai juga sesuai untuk menjalankan aktiviti santai serta berkelah bersama keluarga.
Zoo Melaka
Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan. Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China. Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo. Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM7.00
Kanak-kanak RM4.00
Melaka Wonderland
Melaka Wonderland Theme Park & Resort is the region’s newest water theme park and resort located in Ayer Keroh Melaka, one of Malaysia’s most popular destinations.Melaka Wonderland is the latest tourist attraction for both local and overseas tourist. It is a complete water park experience for everyone - families, kids, teens and thrill seekers alike. From high-speed water slides to tranquil greenery, the Melaka Wonderland Theme Park & Resort would excite any visitor.
This unique water theme park features 16 attractions, namely Tornado Chaser (1st in Malaysia), Lazy cum Crazy river, 1 Big Wave pool, Adventure Island and is surrounded by 360 hectares of natural recreational forest. Melaka Wonderland’s exclusive attractions promise unlimited fun, taking every visitor on a thrilling ride and breathtaking view of a natural forest.
River Cruise
Pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :
Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
Aras 9, Bangunan Graha Maju,
Jalan Graha Maju, 75300 Melaka.
Tel : +606 281 4322 / 23
Faks : +606 281 4325
Website : www.ppspm.gov.my
No comments:
Post a Comment